Panduan Menulis Esei Bahagian A dan B

Disember 15, 2009

BAHAGIAN A DAN B (ESEI) – 25 MARKAH

PRAPENULISAN :

  1. 1. Memilih Soalan/Tajuk  (Penting !!!)  – (2 minit)
    1. a. Baca setiap soalan dengan teliti.
    2. b. Pilih soalan yang sesuai dan “mudah/senang.”
  • dapat mengemukakan sekurang-kurangnya empat isi
  • telah dibuat/diajar.
  • pemahaman, pengetahuan dan keupayaan untuk mengembangkan isi.

  1. 2. Menganalisis Soalan/Tajuk – (2 minit)

  • Mengenal pasti “kata kunci” soalan.
  • ISU

√   Apa isu ? Konsep, istilah dsb seperti jenayah juvana, vandalisme, lebuh raya. (yang akan disentuh dari awal hingga akhir esei.)

√    Skop isu ? Lokaliti tempatan (masyarakat / negara) atau global (antara bangsa)

  • MAKLUMAT ; tunggal atau majmuk
  • FOKUS

√    Kehendak / Tugasan  soalan ? Bentuk /Arahan soalan dan format jawapan.

Tugasan Contoh Soalan
1. Satu kehendak
2. Dua kehendak seimbang
3. Dua kehendak tidak seimbang
4. Tiga kehendak
5. Sejauh manakah anda bersetuju

( 2 setuju & 2 faktor lain) @

( 3 setuju & 1 faktor lain)

6. Bandingan (2 isu)

  1. 3. Merangka isi  – (3 minit)

Kepentingan :

a.   Mengelak kebuntuan idea semasa menulis.

b.   Penyusunan isi mengikut keutamaan.

c.   Mengelakkan pengulangan isi.

PENULISAN ( 30 minit )

  • Pemerincian
  • Pemerengganan
  • Penjalinan – penanda wacana
  • Penggunaan bahasa/Penataan laras bahasa
  • Pengolahan

ESEI A & B (@ 25 MARKAH)
Perenggan 1

(2 – 3 ayat)

± 30 patah kata

  • Pendahuluan

Isu utama

√   Ulas isu (ubah suai soalan)

Jangan masuk isi

Kehendak soalan

Perenggan 2 – 5

(5 – 7 ayat)

± 70 patah kata

  • Perenggan isi 1, 2, 3 dan 4

√   Idea / Ayat isi

Huraian

Fakta / Contoh

Ayat penegas isi*

Idea ….. betul @ salah ? {tahu}

Huraian …. Jelas @ tidak jelas?

{analogi dan gambar}

Apa?  Kenapa ? Bagaimana?

Perenggan 6

(2 – 3 ayat)

± 30 patah kata

  • Penutup

Kembali kepada isu

Rumus isi

Harapan / komentar / amaran

A.   Menulis pendahuluan

Fungsi dan kepentingan :

  1. 1. Komponen karangan yang harus ditulis dengan menarik berkesan untuk merangsang “impression” pemeriksa/ berfungsi sebagai denak.
  2. 2. Item utama yang menjadi asas penilaian. Kedudukannya seperti wajah/muka kepada seseorang.
  3. 3. Kebulatan/kemantapan karangan terungkap pada peranggan pendahuluan.
  4. 4. Pendahuluan berfungsi untuk membayangkan perkara/isi yang akan dihuraikan seterusnya.

Cara atau langkah penulisan pendahuluan; * Rujuk contoh

  1. 1. Perlu menyentuh isu yang diperkatakan secara umum.
  2. 2. Jangan sesekali menulis isi dalam perenggan pendahuluan.
  3. 3. Seelok-eloknya, kehendak soalan terungkap pada  ayat terakhir perenggan pendahuluan.

B.   Menulis perenggan isi.

Kepentingan Perenggan Isi

  1. a. Fokus terpenting dalam sesebuah karangan
  2. b. Bahagian terbesar (80 %) dan utama dalam penulisan.
  3. c. Konsep isi dan penyampaian merupakan unsur yang terpenting
  4. d. Aspek pemerincian, pemerengganan, penjalinan, penataan laras bahasa,

dan pengolahan akan tergambar dalam perenggan isi.

Cara Menulis Perenggan Isi * rujuk contoh

  1. 1. Ayat judul / ayat isi.
    1. a. Kehendak soalan + isi karangan
    2. b. Tepat, jelas, padat, konkrit
    3. c. Jangan gabungkan dengan huraian dan contoh.

  1. 2. Pengembangan isi.
    1. a. Huraian, bahasan, fakta, contoh, data
    2. b. 4W + 1H; Apa? Siapa? Mengapa? Bila? Bagaimana?
    3. 3. Ayat penegas isi.
      1. a. (rujuk ayat judul)
    4. 4. Penanda wacana.

Fungsi / Menyatakan Maksud Contoh Penanda Wacana
Tambahan daripada apa-apa yang telah dikatakan sebelumnya. selain itu, di samping itu, tambahan pula, kemudian, lagi pula, pertama, akhirnya, sehubungan dengan itu, sehubungan dengan hal itu, dalam pada itu, kemudian.
Perlawanan atau kontras terhadap apa-apa yang telah dikatakan sebelumnya. sebaliknya, sebenarnya, biarpun,  biarpun begitu, walaupun, walau bagaimanapun, walaupun begitu,  walaupun demikian, namun begitu, namun demikian, sungguhpun, meskipun, akan tetapi, pada hal.
Sebab-musabab terhadap apa-apa yang dikatakan sebelumnya. maka, jadi, akibatnya, lantaran itu, oleh sebab itu, oleh itu, oleh hal demikian, dengan demikian, namun demikian, berhubung dengan ini, hasilnya.
Ringkasan atau kesimpulan terhadap apa-apa  yang telah dikatakan sebelumnya. ringkasnya, jadi, dengan perkataan lain, pendek kata, dengan kata lain, secara ringkasnya, pendeknya, kesimpulannya, sebagai kesimpulan, akhirnya.

Penjelasan terhadap apa-apa yang telah dikatakan sebelumnya. jelasnya, lebih tepatnya, tampaknya, sesungguhnya

Masa kemudian, selanjutnya, selepas itu, pada waktu itu.

C.  Menulis penutup.

Fungsi dan Kepentingan

  1. Merumus keseluruhan karangan
  2. Pelengkap kepada karangan seperti mana fungsi pendahuluan
  3. Sentuhan terakhir dalam penulisan yang akan meninggalkan “bekas” kepada pemeriksa.

Cara Menulis Perenggan Penutup* rujuk contoh

  1. 1. Penanda wacana
  2. 2. Kembali kepada isu/tema/tajuk
  3. 3. Mengulas isi secara ringkas/merumus isi secara umum.
  4. 4. Komentar/Cadangan/Nasihat/Harapan.

PASCAPENULISAN ( 3 minit)

  1. 1. Menyemak isi
  2. 2. Pengeditan bahasa(ejaan/tanda baca)

Soalan Tugasan Bahagian A: Isu Perniagaan Francais

Disember 15, 2009

Soalan Perbincangan dan Latihan Kendiri

Industri francais merupakan dimensi baru dunia perniagaan yang berpotensi di Malaysia. Bagi menjayakan bidang ini, peranan pelbagai pihak amatlah penting. Huraikan.

Arahan :

1. Dapatkan maklumat tentang tajuk di atas.

2. Buat perbincangan kumpulan:

i. Kenal pasti isu utama.

ii. Nyatakan kehendak  tugasan soalan.

iii. Buat rangka isi-isi.

3.Tulis sebuah karangan yang menepati piawai STPM (250 patah perkataan).



Esei Contoh : Bahagian A (Isu Juvana)

Disember 15, 2009

Contoh esei.

Pelbagai faktor dikenal pasti menyumbang kepada peningkatan kadar kes juvana di negara kita pada masa ini. Usaha perlu dilakukan untuk membendung gejala ini. Huraikan.

Pendahuluan

Muktahir ini, kes juvana di negara kita telah menunjukkan kadar peningkatan yang ketara. Hal ini amat membimbangkan kerana generasi muda merupakan pewaris kepimpinan negara pada masa depan. Oleh itu, pelbagai faktor perlu dikenal pasti yang menyumbang kepada peningkatan ini dan usaha-usaha perlu dilakukan untuk membendungnya. (45 patah perkataan)

Antara faktor penyumbang kepada peningkatan kes jenayah juvana ialah masalah keluarga. Keluarga yang mempunyai masalah seperti berlakunya konflik penceraian dan pengabaian terhadap penjagaan dan pendidikan anak-anak telah mendorong anak-anak terlibat dalam jenayah juvana. Tidak kurang pula, sikap dan perlakuan ibu bapa yang buruk telah menyebabkan anak-anak terjebak dalam jenayah ini. Pendek kata, keluarga yang bermasalah menjadi punca meningkatnya gejala jenayah juvana. (61 patah perkataan)

Selain itu, pengaruh media massa turut dikenal pasti menjadi faktor penyumbang kepada peningkatan kadar kes juvana. Hal ini demikian kerana media massa memaparkan pelbagai unsur negatif seperti aksi-aksi ganas dan ekstrem yang mendorong remaja melakukan gejala sosial. Sebagai kesannya, remaja akan melakukan aktiviti tidak bermoral seperti amalan budaya kuning, pergaulan bebas, seks rambang, dan sebagainya. Tegasnya, kadar kes juvana meningkat disebabkan oleh pengaruh media massa. (65 patah perkataan)

Usaha membendung gejala juvana dapat dilakukan  melalui pendidikan agama dan moral. Ibu bapa berperanan menyemai nilai-nilai murni kepada anak-anak dan perlu menjadi contoh teladan kepada mereka. Pendidikan di rumah pula diperkukuhkan di sekolah dengan pengajaran guru dan aktiviti-aktivti kokurikulum. Jika terdapat pelajar yang bermasalah, khidmat kaunseling perlu diberikan agar mereka berkelakuan baik. Kesemua mekanisme pendidikan ini dapat membentuk jati diri remaja dan menghalang mereka terjebak dalam jenayah juvana. (68 patah perkataan)

Seterusnya, kempen-kempen kesedaran perlu digiatkan bagi membendung gejala juvana. Kerajaan perlu menjalankan kempen-kempen dari semasa ke semasa seperti  ”Kempen Belia Benci Dadah”. Pertubuhan bukan kerajaan (NGOs) perlu lebih proaktif dalam menganjurkan program-program yang bermanfaat seperti kem motivasi dan kemasyarakatan. Sejajar dengan perkara ini, media massa perlu menyebarluaskan kempen-kempen ini dalam membantu kerajaan dan NGOs untuk menyedarkan golongan remaja. Natijahnya, melalui kempen-kempen ini, remaja akan sedar akan tanggungjawab mereka kepada masyarakat dan negara. (70 patah perkataan).

Sebagai kesimpulannya, kadar peningkatan dalam kes jenayah remaja dapat dibendung jika faktor-faktor penyumbang dikenal pasti dan seterusnya mengambil langkah-langkah mengatasinya. Semua pihak seperti ibu bapa, pihak sekolah dan komuniti masyarakat serta pihak kerajaan perlu berkerjasama dan berganding bahu dalam melahirkan remaja sebagai modal insan kepada negara. (46 patah perkataan)

Hello world!

Disember 15, 2009

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!