Esei Contoh : Bahagian A (Isu Juvana)

Contoh esei.

Pelbagai faktor dikenal pasti menyumbang kepada peningkatan kadar kes juvana di negara kita pada masa ini. Usaha perlu dilakukan untuk membendung gejala ini. Huraikan.

Pendahuluan

Muktahir ini, kes juvana di negara kita telah menunjukkan kadar peningkatan yang ketara. Hal ini amat membimbangkan kerana generasi muda merupakan pewaris kepimpinan negara pada masa depan. Oleh itu, pelbagai faktor perlu dikenal pasti yang menyumbang kepada peningkatan ini dan usaha-usaha perlu dilakukan untuk membendungnya. (45 patah perkataan)

Antara faktor penyumbang kepada peningkatan kes jenayah juvana ialah masalah keluarga. Keluarga yang mempunyai masalah seperti berlakunya konflik penceraian dan pengabaian terhadap penjagaan dan pendidikan anak-anak telah mendorong anak-anak terlibat dalam jenayah juvana. Tidak kurang pula, sikap dan perlakuan ibu bapa yang buruk telah menyebabkan anak-anak terjebak dalam jenayah ini. Pendek kata, keluarga yang bermasalah menjadi punca meningkatnya gejala jenayah juvana. (61 patah perkataan)

Selain itu, pengaruh media massa turut dikenal pasti menjadi faktor penyumbang kepada peningkatan kadar kes juvana. Hal ini demikian kerana media massa memaparkan pelbagai unsur negatif seperti aksi-aksi ganas dan ekstrem yang mendorong remaja melakukan gejala sosial. Sebagai kesannya, remaja akan melakukan aktiviti tidak bermoral seperti amalan budaya kuning, pergaulan bebas, seks rambang, dan sebagainya. Tegasnya, kadar kes juvana meningkat disebabkan oleh pengaruh media massa. (65 patah perkataan)

Usaha membendung gejala juvana dapat dilakukan  melalui pendidikan agama dan moral. Ibu bapa berperanan menyemai nilai-nilai murni kepada anak-anak dan perlu menjadi contoh teladan kepada mereka. Pendidikan di rumah pula diperkukuhkan di sekolah dengan pengajaran guru dan aktiviti-aktivti kokurikulum. Jika terdapat pelajar yang bermasalah, khidmat kaunseling perlu diberikan agar mereka berkelakuan baik. Kesemua mekanisme pendidikan ini dapat membentuk jati diri remaja dan menghalang mereka terjebak dalam jenayah juvana. (68 patah perkataan)

Seterusnya, kempen-kempen kesedaran perlu digiatkan bagi membendung gejala juvana. Kerajaan perlu menjalankan kempen-kempen dari semasa ke semasa seperti  ”Kempen Belia Benci Dadah”. Pertubuhan bukan kerajaan (NGOs) perlu lebih proaktif dalam menganjurkan program-program yang bermanfaat seperti kem motivasi dan kemasyarakatan. Sejajar dengan perkara ini, media massa perlu menyebarluaskan kempen-kempen ini dalam membantu kerajaan dan NGOs untuk menyedarkan golongan remaja. Natijahnya, melalui kempen-kempen ini, remaja akan sedar akan tanggungjawab mereka kepada masyarakat dan negara. (70 patah perkataan).

Sebagai kesimpulannya, kadar peningkatan dalam kes jenayah remaja dapat dibendung jika faktor-faktor penyumbang dikenal pasti dan seterusnya mengambil langkah-langkah mengatasinya. Semua pihak seperti ibu bapa, pihak sekolah dan komuniti masyarakat serta pihak kerajaan perlu berkerjasama dan berganding bahu dalam melahirkan remaja sebagai modal insan kepada negara. (46 patah perkataan)

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: